Bintang berubah
Penampilan
(Dilencongkan daripada Bintang boleh ubah)
Bintang berubah (Jawi: بينتڠ براوبه ) atau juga dikenali sebagai bintang boleh ubah (Jawi: بينتڠ بوليه اوبه ) merupakan bintang yang kelihatan berubah-ubah kecerahannya seperti yang dilihat dari Bumi (magnitud ketaranya).
Perubahan ini mungkin disebabkan oleh perubahan cahaya yang dipancarkan atau objek yang menghalang cahaya, jadi bintang berubah diklasifikasikan sebagai:
- Bintang berubah intrinsik: kilauannya memang berubah-ubah; misalnya, kerana bintangnya kembang kecut secara berkala.
- Bintang berubah ekstrinsik: perubahan kecerahan disebabkan oleh perubahan jumlah cahaya yang dapat mencapai Bumi; misalnya, kerana bintangnya kadang-kadang ditutup oleh jasad yang mengitarinya.
Kebanyakan bintang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa variasi kilauan: misalnya, keluaran tenaga Matahari kita berubah dalam sekitar 0.1% sepanjang kitaran suria 11 tahun. [1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fröhlich, C. (2006). "Solar Irradiance Variability Since 1978". Space Science Reviews. 125 (1–4): 53–65. Bibcode:2006SSRv..125...53F. doi:10.1007/s11214-006-9046-5.