Asid hidroklorik
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Hydrochloric acid
| |
Nama lain
Muriatic acid, Spirit of salt
| |
Pengecam | |
ECHA InfoCard | 100.210.665 |
Nombor E | E507 (pengawal keasidan pH & agen antikerakan) |
Nombor RTECS |
|
Sifat | |
HCl in water (H2O) | |
Jisim molar | 36.46 g/mol (HCl) |
Rupa bentuk | Clear colorless to light-yellow liquid |
Takat lebur | −26 °C (247 K) 38% solution. |
Takat didih | 110 °C (383 K), 20.2% solution; 48 °C (321 K), 38% solution. |
Miscible. | |
Keasidan (pKa) | −8.0 |
Kelikatan | 1.9 mPa·s at 25 °C, 31.5% solution |
Bahaya | |
Frasa R | Templat:R34, Templat:R37 |
Frasa S | S26, S36, S45 |
NFPA 704 (berlian api) | |
Takat kilat | Non-flammable. |
Sebatian berkaitan | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
Rujukan kotak info | |
Asid hidroklorik merupakan sebatian kimia larutan akueous gas hidrogen klorida, HCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat, dan merupakan komponen utama asid gaster dan digunakan secara meluas dalam industri. Asid ini patut digunakan dengan awasan keselamatan yang sesuai kerana sangat mengkakis.
Nama lamanya ialah asid muriatik. Asid hidroklorik telah menjadi bahan kimia yang penting dan kerap digunakan sejak awal sejarah dan ditemui oleh ahli alkimia Jabir ibn Hayyan kira-kira pada tahun 800. Asid ini digunakan dalam Zaman Pertengahan oleh ahli alkimia untuk menghasilkan batu hikmat, dan kemudian oleh ahli sains Eropah termasuk Johann Rudolf Glauber, Joseph Priestly dan Humphry Davy dalam membina ilmu kimia moden.
sejak Revolusi Perindustrian, asid hidroklorik menjadi bahan kimia industri untuk pelbagai proses, termasuk penghasilan sebatian organik secara besar-besaran seperti vinil klorida untuk plastik PVC, MDI/TDI untuk poliuretena, dan proses lebih kecil, seperti pemprosesan gelatin dan bahan makanan, serta pemprosesan kulit (binatang). Lebih kurang 20 juta tan gas HCl dihasilakan setiap tahun.
Ciri kimia
[sunting | sunting sumber]Hidrogen klorida (HCl) merupakan asid monoprotik, dan boleh diceraikan hanya sekali untuk melepaskan satu ion hidrogen (H+), iaitu satu proton. Dalam asid hidroklorik akueous, ion H+ bergabung dengan molekul air untuk membentuk ion hidronium, H3O+.
- HCl + H2O ⇌ H3O+ + Cl−
Ion lain yang dibentuk ialah klorida, Cl-. Oleh itu asid hidroklorik boleh digunakan untuk menghasilkan garam klorida, seperti natrium klorida, NaCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat, dan mengalami penceraian sepenuhnya dalam air.
Sebagai asid kuat, asid hidroklorik mempunyai pemalar penceraian asid, Ka yang besar. Apabila garam klorida seperti NaCl ditambah kepada HCl akueous mereka tidak mampu mengubah pH, dan ini menunjukkan ion Cl- merupakan bes konjugat yang lemah sekali dan HCl mengalami penceraian sepenuhnya dalam larutan akueous. Untuk larutan asid hidroklorik yang sederhana hingga kuat, kepekatan H+ boelh diandaikan sama dengan kepekatan HCl, tepat sehingga empat digit bererti.