Antonio Luna
Antonio Luna | |
---|---|
Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina ke-2 | |
Dalam jawatan 22 Januari 1899 – 5 Jun 1899 | |
Presiden | Emilio Aguinaldo |
Didahului oleh | Artemio Ricarte |
Digantikan oleh | Emilio Aguinaldo |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Antonio Luna de San Pedro y Novicio-Ancheta 29 Oktober 1866 Binondo, Manila, Filipina jajahan Sepanyol |
Mati | 5 Jun 1899 Cabanatuan, Nueva Ecija, Pemerintahan Tentera Amerika Syarikat di Kepulauan Filipina | (umur 32)
Cause of death | Dibunuh |
Pertalian | Juan Luna (Abang) |
Anugerah awam | Pingat Republik Filipina |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Templat:Country data First Philippine Republic |
Cabang/khidmat | Tentera Revolusi Filipina |
Tahun khidmat | 1898–1899 |
Pangkat | Kapten Jeneral |
Perang/Pertempuran | Perang Filipina-Amerika |
Jeneral Antonio Luna San Pedro y Novicio Ancheta (29 Oktober 1866 – 5 Jun 1899), adalah seorang jeneral tentera dari Filipina yang terlibat dalam Perang Filipina-Amerika menggantikan Artemio Ricarte sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera negara tersebut. Beliau begitu mahir menggunakan strategi perang yang bijak dalam tenteranya saat berperang menentang pihak Amerika Syarikat; misalnya menguruskan pasukan penembak tepat gerilanya yang tersendiri iaitu Tiradores de la Muerte ("Penembak Maut"), ataupun barisan pertahanan tiga peringkat yang menyukarkan maraan pihak Amerika Syarikat ke wilayah-wilayah utara Manila.[1]
Ketekalannya menjaga disiplin dalam angkatan tenteranya serta kesanggupannya berkhidmat demi Republik menarik perhatian orang ramai, namun perangai bengisnya tidak disukai sesetengah orang. Beliau juga merupakan Kongres Malolos.[2]:450–452 Selain tentera kajian, Luna juga belajar farmasi, kesusasteraan dan kimia.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Antonio dilahirkan pada 29 Oktober 1866 di Calle Urbiztondo, Binondo, Manila sebagai anak ketujuh Joaquín Luna de San Pedro y Posadas (1829-1891), seorang saudagar tembakau[2]:29 dan Laureana Novicio-Ancheta (1836-1906). Abangnya Juan Luna merupakan seorang pelukis tersohor.
Pada usia 6, Luna pada mulanya belajar membaca, menulis, dan aritmetik dari seorang guru dikenali sebagai Maestro Intong. Beliau kemudiannya belajar di Ateneo Municipal de Manila, di mana dia menerima ijazah Sarjana Seninya pada tahun dalam 1805. Dia mempelajari bidang kesusastera dan kimia di Universiti Santo Tomas, di mana dia memenangkan hadiah pertama untuk kertas di kimia bertajuk Dos Cuerpos Fundamentales de la Quimica (Dua Bidang Utama Kimia). Dia juga belajar farmasi. Sementara itu, beliau tuurt mempelajari seni pedang dan taktik ketenteraandi bawah Don Martin Cartagena, seorang jeneral Tentera Sepanyol utama.[3]:10 Atas jemputan abangnya Juan pada tahun 1890, Antonio dihantarkan orang tuanya ke Sepanyol pada tahun 1890 atas jemputan abangnya. Di sana, beliau memperoleh ijazah diploma (di Universidad de Barcelona) dan kedoktoran (di Universiti Pusat Madrid).
Dalam Movimiento de Propaganda
[sunting | sunting sumber]Beliau mula terlibat dalam "Movimiento de Propaganda ("pergerakan propaganda") bersama ekspatriat lain di Sepanyol menulis untuk akhbar La Solaridad. Apabila Antonio mendapat tahu mengenai rancangan menyertai suatu revolusi oleh persatuan-persatuan rahsia, beliau menolak tawaran tersebut berpendapat (sepertimana anak dagang Filipina ketika itu) bahawa reformasi sebagai jalan yang sesuai menuju kemerdekaan[4] yang bukan sahaja tidak mejejaskan harta mereka malah tidak memerlukan persediaan yang tinggi.[5] Namun, setelah berita kebocoran Katipunan tersebar pada Ogos 1896, adik-beradik tersebut telah ditangkap dan dihukum penjara di Kubu Santiago atas dakwaan "penglibatan" dalam revolusi.[4] Kenyataan beliau mengenai pendekatan revolusi ketika itu dipergunakan antara banyak kenyataan lainnya sebagai bahan bukti konon yang mendakwa serta menghukum mati José Rizal beberapa lama kemudian.
Juan dibebaskan berbulan-bulan kemudian selepas diampuni Ratu Mahkota Maria Christina tapi Antonio telah dibuang negeri ke Sepanyol pada tahun 1897, di mana beliau dipenjarakan di Cárcel Modelo de Madrid. Abangnya bertolak ke Sepanyol untuk menggunakan pengaruhnya mengantarai urusan Antonio pada bulan Ogos 1897. Kes adiknya digugurkan Mahkamah Agung Tentera, dan Antonio telah dibebaskan tidak lama selepas itu.[4][3]:14. Antonio giat mempelajari banyak taktik tentera sebaik sahaja dilepaskan daripada Gérard Leman, seorang jeneral tentera dari Belgium.
Dalam medan peperangan
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]Antonio bertolak sendirian ke Cabanatuan pada 5 Jun bagi bertemu dengan Presiden untuk mengatur langkah perang yang seterusnya. Beliau tersempak dengan Kapten Pedro Janolino, seorang pegawai yang ditahan beliau kerana pelanggaran tatasusila; dan Felipe Buencamino iaitu Menteri Luar Negeri yang ditahan beliau kerana menyebelahi hubungan diplomatik bersama pihak Amerika Syarikat. Buencamino memberitahu bahawa Aguinaldo sudah bertolak ke San Isidro di Nueva Ecija (Emilio sebaliknya pergi Bamban di Tarlac). Luna berang dengan perubahan yang berlaku tanpa dimaklumkan kepadanya, lalu mereka bertengkar mulut.[2]:429–436.
Ketika mereka sedang bertengkar, sedas tembakan senapang raifal kedengaran di dataran. Luna segera menuruni tangga dan tersempak dengan Janolino serta beberapa anggota Batalion Kawit. Janolino menghayunkan bolonya di kepala Antonio sehingga luka, manakala konco-konconya menembak serta menikam Antonio yang cuba menembak mereka.[2]:429 Antonio berjalan menggelumpur keluar lalu dijumpai Román dan Rusca. Kedua-dua askar tersebut ingin menolong Antonio namun dikepung, Román terkorban manakala Rusca cedera parah.
Terdapat sebanyak 30 luka yang dikira pada mayat Antonio.[2]:436 Mayatnya segera dikebumikan di perkuburan gereja.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Marcos, Ferdinand (1968). The contemporary relevance of Antonio Luna's military doctrines.
- ^ a b c d e Jose, Vivencio R. (1972). The Rise and Fall of Antonio Luna. University of the Philippines. ISBN 978-971-17-0700-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b Jimenez, Ruby Rosa A. (2015). Heneral Luna: The History behind the Movie. Mandaluyong City: Anvil Publishing, Inc.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b c Guerrero Nakpil, Carmen (27 Oktober 2008). "A plot to kill a general". Philippine Star. Dicapai pada 22 Ogos 2015.
- ^ Agoncillo, Teodoro. History of the Filipino People (ed. ke-8). Quezon City: C & E Publishing.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ambeth Ocampo, The way Antonio Luna died, 11 September 2015, Philippine Daily Inquirer.
- "History: General Antonio Luna, great soldier, scientist". Manila Bulletin. 29 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2016. Dicapai pada 25 Ogos 2015. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)