50
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 50. Bagi kegunaan lain, sila lihat 50 (nombor).
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
50 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
Mengikut tempat
Asia
- Empayar Tocharian disatukan di bawah Kujula Kadphises, dan menjadi Empayar Kushan (tarikh anggaran).
- Empayar Kushan menguasai India utara.
Empayar Rom
- Londinium (London masa kini) diasaskan oleh Rom, dan mengambil alih Colchester sebagai ibu kota provinsi Rom tempatan (tarikh anggaran).
- Maharaja Claudius melantik Agrippa II sebagai gabenor Chalcis.
- Claudius mengambil Nero sebagai anak angkat.
- Cologne dinaikkan statusnya menjadi sebuah kota.
- Exeter diasaskan dengan nama Isca Dumnoniorum.
- Tripontium (dekat Rugby, England masa kini) diasaskan.
- Kubu Rom di Manduessedum (dekat Atherstone masa kini) diasaskan (tarikh anggaran).
- Caratacus ditawan selepas kemenangan Rom oleh Gabenor Ostorius Scapula dalam Pertempuran Caer Caradoc.
- Puak Iazyges menetap di dataran yang terletak di sebelah kiri Sungai Tisza.
- Rom membelajari penggunaan sabun daripada masyarakat Gaul.
- Rom kini mempunyai jumlah penduduk sebanyak sejuta.
- Bahagian Britain yang paling selatan menjadi sebuah provinsi Rom yang dinamai Camulodunum.
Mengikut topik
Agama
- Para hawari mengadakan Majlis Jerusalem (tarikh anggaran).
- Agama Kristian diperkenalkan ke seluruh Nubia oleh seorang pegawai kanan Ratu Judith.
Seni dan Sains
- Pedanius Dioscorides memerihalkan kegunaan tumbuh-tumbuhan untuk perubatan di dalam karyanya, De Materia Medica.
- Pamphilus of Alexandria menulis sebuah leksikon yang indah.
- Hero dari Alexandria mereka turbin stim (tarikh anggaran).
- Diogenes, penjelajah Yunani, menemui Tasik-tasik Agung di Afrika.
- Perbezaan antara penyakit kronik dan penyakit akut dijelaskan oleh Thessalos.
Kelahiran
Kematian
- Abgarus dari Edessa, raja Osroene
- Aulus Cornelius Celsus, penulis karya De Medicina
- Gamliel I, nasi (ketua Sanhedrin) masyarakat Yahudi di Babylonia