Meritokrasi
Sebahagian daripada siri tentang |
Politik |
---|
Portal politik |
Sebahagian daripada siri Politik |
Bentuk asas pemerintahan |
---|
Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan aristokrat atau oligarki[1][2] atau organisasi lain yang mana perlantikan yang dibuat terhadap individu berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan kecerdasan dan merit yang ditunjukkan seseorang itu menerusi penggunaan peperiksaan keinstitusian. Oleh kerana sistem-sistem aristokrat dan oligarki menakrifkan jenis-jenis asas kerajaan yang mana meritokrasi menjadi sebahagian daripadanya, meritokrasi sendiri bukan satu jenis kerajaan, tetapi lebih kepada suatu ideologi. Individu-individu yang dilantik kepada suatu meritokrasi adalah dinilai berdasarkan kepada merit yang mana seperti yang dibahaskan oleh Michael Young adalah pada asasnya adalah kecerdasan dan bakat.
Ia selalu menjadi kes yang mana meritokrasi itu sendiri dikelirukan sebagai sejenis kerajaan lebih daripada sebetulnya ia adalah kaedah atau faktor yang digunakan di dalam atau untuk kerajaan, terutamanya perlantikan individu ke dalam kerajaan.
Asal istilah
[sunting | sunting sumber]Istilah ini telah didefinisikan oleh ahli politik dan sosiologi, Michael Young yang menulis buku pada tahun 1958 bertajuk Rise of the Meritocracy atau "Bangkitnya Meritokrasi", suatu kisah futuristik dimana status seseorang dimasyarakat ditentukan oleh IQ serta usahanya. Dalam buku ini, kerajaan meritokratik yang tidak berperasaan ini akhirnya digulingkan oleh rakyat jelata. Walaupun buku tersebut memberi imej yang negatif terhadap meritokrasi, masih ramai yang percaya dengan kebaikan sistem ini didalam masyarakat. Menurut penyokong meritokrasi, sistem ini adalah lebih adil dan produktif, berbanding sistem kerajaan yang lain yang berdasarkan status sosial atau ras. Antara kerajaan yang menyokong sistem ini termasuklah kerajaan Singapura.
Kebanyakan sistem kerajaan mengandungi beberapa unsur meritokrasi. Misalnya dalam demokrasi perwakilan, parti-parti politik dan para pengundinya menggunakan prestasi calon masing-masing untuk berkempen dalam pilihan raya.
Notakaki
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari meritokrasi dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- World Wide Words — Michael Quinion writes about the changing use of the term
- Reference.com Diarkibkan 2009-07-17 di Wayback Machine