Data trafik / banci lalulintas kenderaan dijual di dalam bentuk cakera padat bertajuk "Road Traffic Volume Malaysia" dan boleh dibeli menggunakan wang pos di Bahagian Perolehan dan Tender, Aras Bawah, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.
Agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya ialah:
Sila dapatkan maklumat mengenai Jalan Persekutuan di url berikut: https://www.kkr.gov.my/ms/maklumat-jalan-persekutuan
Sila dapatkan maklumat mengenai Bangunan Gunasama Persekutuan di url berikut: https://www.kkr.gov.my/ms/informasi-bangunan-persekutuan
Salurkan aduan anda secara rasmi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKR di pautan: https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Ya. Layari laman web Kementerian Kerja Raya dan klik pautan https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Pelanggan perlu mendaftar bagi mewujudkan kata laluan dan membolehkan pelanggan membuat semakan semula sejarah aduan pelanggan.
Layari pautan https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do dan click “SEMAK MAKLUMBALAS” dengan memuatnaik ID Tiket dan Kata Laluan yang diterima semasa pendaftaran aduan.
Diantara jenis maklumbalas yang boleh disalurkan melalui SISPAA seperti aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan.
Tatacara Permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Kerja Raya "Tatacara Final Iklan 2021 28 Mei 2021 (Design) V2.0.pdf" dan permohonan perlu dibuat secara online di http://esite.kkr.gov.my. Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Tingkat 4, Blok A, Kementerian Kerja Raya berserta Bank Draf/Kiriman Wang bagi bayaran fi pemprosesan permohonan.
Tempoh masa pemprosesan penerimaan permohonan adalah 7 hari daripada permohonan lengkap diterima dan permohonan seterusnya akan dihantar kepada Jurutera Daerah untuk ulasan teknikal.
Permohonan yang diproses oleh Kementerian Kerja Raya adalah bagi permohonan paparan iklan di Jalan Persekutuan. Manakala bagi permohonan paparan iklan di Jalan Negeri dan Jalan Bandaran perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Jalan Persekutuan adalah jalan-jalan penghubung antara negeri ke satu negeri dan dilabelkan dengan kod F atau FT. Jalan negeri dan bandaran adalah jalan-jalan penghubung antara Bandar ke Bandar dan dilabelkan dengan kod negeri-negeri berkenaan.
Kementerian Kerja Raya tidak menetapkan kelayakan kepada kategori pemohon untuk mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan. Mana-mana individu atau syarikat yang berminat boleh memohon untuk mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan.
Papan tanda tunjuk arah tidak dikategorikan sebagai paparan iklan. Oleh yang demikian, permohonan perlu diajukan kepada jurutera-jurutera daerah yang berkenaan.
Fi proses akan dikenakan ke atas setiap satu permohonan. Kadarnya adalah bergantung kepada jenis struktur yang dipohon. Maklumat lanjut mengenai kadar tersebut boleh didapati di dalam Tatacara Permohonan Mendirikan Paparan Iklan di Jalan Persekutuan Tahun 2011. Fi tersebut tidak akan dipulangkan sekiranya permohonan tersebut ditolak.
Caj sewaan tapak akan dikenakan ke atas setiap permohonan yang diluluskan. Kadarnya adalah bergantung kepada jenis struktur yang dipohon serta mengikut zon dan dikenakan secara tahunan. Maklumat lanjut kadar tersebut boleh didapati di dalam Tatacara Permohonan Mendirikan Paparan Iklan di Jalan Persekutuan Tahun 2011.
Setiap permohonan rayuan akan dianggap sebagai permohonan baru dan akan dikenakan fi proses. Ini adalah kerana proses kerja ke atas sesuatu permohonan rayuan tersebut adalah sama dengan proses kerja permohonan baru.
Kementerian Kerja Raya hanya mengeluarkan kelulusan bersyarat bagi menduduki tapak di dalam tanah rizab jalan persekutuan. Pemohon perlu juga mendapatkan kelulusan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan kebenaran merancang sebelum mendirikan paparan iklan serta mendapatkan lesen visual sebelum memaparkan sebarang visual.
Setiap Permohonan untuk melanjutkan tempoh kelulusan perlu dikemukakan kepada Kementerian seperti mana permohonan asal dan akan dianggap sebagai permohonan baru dan akan dikenakan fi proses. Ini adalah kerana proses kerja ke atas sesuatu permohonan lanjutan tersebut adalah sama dengan proses kerja permohonan baru.
Fi proses dan caj sewaan tapak tidak akan dipulangkan semula sekiranya permohonan ditarik balik.
Tidak boleh. Ini adalah kerana jaminan bank dan polisi insurans yang telah diluluskan adalah di bawah nama pemohon asal. Segala risiko kemalangan dan jaminan keselamatan struktur adalah di bawah tanggung jawab pemohon asal.
Untuk menghantar sebarang aduan berkenaan dengan masalah peralatan dan perisian ICT, anda boleh melakukannya dengan klik pada Sistem Aduan ICT KKR (Sistem Helpdesk) menerusi Sistem MyWorks KKR.
Ya, boleh. Antara aduan yang boleh dibuat melalui Sistem Aduan ICT KKR (Helpdesk) adalah berkenaan dengan peralatan ICT, sistem aplikasi, portal, emel, dan capaian rangkaian.
Ya, boleh. Melalui Sistem Aduan Helpdesk pada tab “Semakan”. Klik pada “Papar” untuk melihat status terperinci.
Antara sistem-sistem yang terdapat dalam Sistem Intranet MyWorks KKR adalah seperti berikut:-
ID pengguna Sistem Intranet MyWorks KKR diuruskan oleh webmaster di setiap bahagian/unit.
Ya, boleh. Sistem intranet MyWorks KKR boleh di akses di mana-mana sahaja.
Web browser yang sesuai untuk mengakses sistem aplikasi KKR adalah Mozilla FireFox dan Google Chrome.
Semua aplikasi perkhidmatan KKR boleh diakses melalui https://www.kkr.gov.my/ms/perkhidmatan-atas-talian
Sebarang tempahan perlu melalui pegawai bertanggungjawab di Bahagian Khidmat Pengurusan, KKR dengan menghubungi Encik Haniff - 0133034009
Antara sistem-sistem yang terdapat dalam Sistem Intranet MyWorks KKR adalah seperti berikut:-
Bagi menjamin tempahan, penyewa hendaklah menjelaskan wang pendahuluan sebanyak RM500 dalam masa 2 minggu dari tarikh tempahan dibuat. Bayaran penuh sewa hendaklah dijelaskan oleh penyewa dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis diadakan.
Pembayaran dilakukan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan KKR melalui akaun yang akan dimaklumkan setelah tempahan berjaya dilakukan secara tunai atau melalui pemindahan dana
Antara kemudahan logistik yang disediakan adalah Meja Makan (Bulat), Kerusi Banquet, Meja Buffet, Audio Sistem (asas).
Agensi hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 4.5 bagi tatacara pengurusan projek sakit dan pelantikan kontraktor penyiap bagi projek sakit.
Senarai nama Kontraktor Penyiap tidak perlu dipohon. Senarai tersebut boleh diperolehi di portal rasmi Kementerian Kerja Raya seperti pautan berikut: https://www.kkr.gov.my/ms/senarai-kontraktor-penyiap. Senarai nama kontraktor penyiap ini dikemaskini setiap bulan selepas mesyuarat JSKP.
Pelantikan Kontraktor Penyiap untuk projek-projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah merujuk kepada PK 4.5 terkini iaitu:
Pelantikan Kontraktor Penyiap secara keseluruhannya adalah merujuk kepada PK 4.5 terkini. Tatacara perolehan adalah tender terbuka dalam kalangan kontraktor penyiap di Semenanjung Malaysia yang diberikan Sijil Kontraktor Penyiap KKR.
Format kenyataan iklan tender bagi projek yang telah ditamatkan kontrak adalah sama seperti kenyataan iklan tender untuk projek baharu. Walau bagaimanapun syarat tambahan iaitu memiliki Sijil Kontraktor Penyiap KKR adalah salah satu syarat wajib yang perlu dinyatakan di dalam kenyataan iklan tender berkenaan.
Selaras dengan PK4.5 Perkara 4.1(6) a-c, Kaedah Perolehan bagi Pelantikan Kontraktor Penyiap adalah melalui kaedah tender terbuka dalam kalangan semua kontraktor penyiap yang telah diberikan Sijil Kontraktor Penyiap oleh KKR. Penentuan taraf Bumiputera perlu dipohon kepada Bahagian Perolehan Agensi masing-masing.
Hanya kontraktor yang mempunyai status KEKAL boleh menyertai tender projek yang diiklankan. Kontraktor dengan status GANTUNG SEMENTARA tidak boleh menyertai tender tersebut.
Badan Berkanun Kerajaan atau anak syarikat tidak tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan PK4.5. Walau bagaimanapun, tiada halangan untuk agensi menggunapakai senarai ini tertakluk kepada peraturan agensi masing-masing.
Selaras dengan Perkara 4.1(11)(c) PK 4.5 – Pelaporan Kemajuan Pelaksanaan Projek & Penilaian Prestasi Syarikat Selepas Projek Siap. Agensi perlu membuat penilaian prestasi dan mengemukakan salinan laporan penilaian prestasi Kontraktor Penyiap tersebut bagi setiap bayaran kemajuan kepada Urusetia JSKP. Format borang boleh dirujuk di PK4.5 (Lampiran 2). Ini bertujuan untuk memastikan saringan yang dibuat oleh JSKP adalah berdasarkan prestasi terkini Kontraktor Penyiap tersebut. Laporan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JSKP ke alamat berikut:
Bahagian Pembangunan & Penswastaan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Tingkat 4, Blok A, Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur.
Agensi juga hendaklah mengemukakan laporan kemajuan pelaksanaan projek oleh Kontraktor Penyiap setiap 6 bulan kepada Urus Setia Contract Coordination Panel (CCP) di Agensi masing-masing. Format borang boleh dirujuk di PK4.5 (Lampiran 3)
Selaras dengan PK4.5 Perkara 4.1(6)-Bagi pelantikan kontraktor penyiap, kaedah perolehan adalah secara tender terbuka dalam kalangan semua kontraktor penyiap yang telah diberikan Sijil Kontraktor Penyiap oleh KKR. Kaedah perolehan selain daripada kaedah yang dinyatakan, perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada Kementerian Kewangan.
Syarikat adalah bertanggungjawab untuk sentiasa memenuhi Syarat-Syarat Mutlak di yang tertera di belakang Sijil Kontraktor Penyiap iaitu perkara di perenggan:
Syarikat yang gagal memenuhi syarat tersebut akan diberikan status GANTUNG SEMENTARA dan hendaklah memperbaiki prestasi syarikat dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh digantung sementara. Sekiranya syarikat masih gagal memperbaiki prestasi dalam tempoh tersebut, syarikat akan DIGUGURKAN dari senarai kontraktor penyiap.
Syarikat akan DIGUGURKAN serta-merta dari senarai Kontraktor Penyiap sekiranya gagal memenuhi Syarat-Syarat Mutlak yang tertera di belakang Sijil Kontraktor Penyiap iaitu perkara di perenggan:
Tiada halangan bagi syarikat tuan untuk menyertai mana-mana tender projek baharu.
Kaedah pelawaan Kontraktor Penyiap adalah secara iklan tender terbuka Pra Kelayakan sahaja. Notis iklan tender akan dibuat melalui portal Myprocurement Kementerian Kewangan, laman web rasmi Kementerian Kerja Raya dan CIDB.
Pelawaan tender pra-kelayakan Kontraktor Penyiap akan dikeluarkan mengikut ketetapan oleh Jawatankuasa Saringan Kontraktor Penyiap (JSKP).
Selaras dengan PK 4.5, ontraktor Penyiap hanya diperlukan untuk tender projek sakit sahaja. Tender projek biasa tidak memerlukan kontraktor untuk mempunyai sijil ini. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan tertakluk kepada arahan dan peraturan semasa pihak Kementerian Kewangan.
Pejabat yang boleh dihubungi mengenai perkara berkaitan Kontraktor Penyiap:
Unit Bumiputera (Urus Setia JSKP)
Bahagian Pembangunan & Penswastaan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Tingkat 4, Blok A, Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur.
No.Tel : 03-2771 4405 / 4428 / 4471