Sistem Transit Aliran Ringan Manila

sistem kereta api bandar di Metro Manila

Sistem Transit Aliran Ringan atau lebih dikenali sebagai LRTA sahaja adalah satu sistem kereta api bandar yang memberi khidmat di kawasan Metropolitan Manila di Republik Filipina. Walaupun sistem ini dirujuk sebagai sistem kereta api ringan kerana asalnya menggunakan kenderaan rel ringan, ciri–cirinya lebih serupa dengan sistem transit aliran (metro) seperti membawa lebih ramai penumpang, hak lalu–lalang yang eksklusif dan kemudiannya menggunakan stok kereta api metro sepenuhnya. Sistem LRT ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Transit Aliran Ringan (LRTA), satu perbadanan milik pemerintah dibawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan. Bersama–sama dengan Sistem Transit Rel Metro (MRT–3, juga dikenali sebagai Laluan Kuning yang baru) dan laluan komuter Kereta Api Kebangsaan Filipina (PNR), sistem tersebut membentuk prasarana kereta api di Manila.

Sistem Transit Aliran Ringan Manila
سيستم ترنسيت اليرن ريڠن مانيلا
Kereta api tiba di stesen J. Ruiz
Umum
Nama asal
  • Sistema ng Magaang Riles Panlulan ng Maynila (Tagalog)
  • Manila Light Rail Transit System (Inggeris)
PemilikPihak Berkuasa Transit Aliran Ringan
Kawasan perkhidmatan
Metropolitan Manila
Lokasi Filipina
Jenis transit
Transit Aliran
Jumlah laluan/aliran
2
Jumlah stesen
38
Bil. penumpang harian
700,000 (2015)[1]
Operasi
Mula beroperasi
  • 01 Disember 1984 (1984-12-01) (Laluan 1)
  • 05 April 2003 (2003-04-05) (Laluan 2)
Pengendali
  • Laluan 1 (Line 1):
    Perbadanan Rel Ringan Manila
  • Laluan 2 (Line 2):
    Pihak Berkuasa Transit Aliran Ringan
Teknikal
Panjang sistem
33.4 kilometer (20.8 bt)
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai
PengelektrikanTalian atas
Kelajuan purata
40 km/j (25 mph)
Kelajuan tertinggi
80 km/j (50 mph)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rujukan

sunting
  1. ^ "Lrta sees 4% decline in ridership". Manila: The Manila Times. 11 Januari 2015. Dicapai pada 9 Julai 2017 – melalui manilatimes.net.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting