Sferoid
Sferoid buntal | Sferoid lonjong |
Sferoid atau elipsoid putaran merupakan permukaan kuadrik yang diperoleh dengan memutarkan elips sekitar satu daripada paksi utamanya atau dalam erti kata lain, satu elipsoid dengan dua semidiameter yang sama.
Jika elips diputar pada paksi utama, hasilnya ialah sferoid lonjong (dipanjangkan) seperti bola ragbi atau bola sepak Amerika. Jika elips berputar pada paksi minornya pula, ia menghasilkan sferoid buntal (dileperkan) seperti lentil. Jika elips yang dijanakan adalah bulatan, maka hasilnya ialah sfera.
Kerana kesan gabungan graviti dan putaran, secara kasarnya, bentuk sfera Bumi adalah sedikit leper dalam arah paksinya. Disebabkan itu, dalam kartografi Bumi sering dianggarkan sebagai sferoid buntal berbanding sfera. Model terkini Sistem Geodesi Dunia menggunakan sferoid dengan jejari 6,378.137 km pada khatulistiwa dan 6,356.752 km pada kutub.
Persamaan
suntingPersamaan elipsoid tiga paksi yang berpusat di asalan dengan semi-paksi a, b, c sejajar di sepanjang paksi koordinat adalah
Persamaan suatu sferoid dengan Oz sebagai paksi simetri diberikan ketetapan sebagai a = b:
Semi-paksi a adalah jejari khatulistiwa sferoid, c adalah jarak daripada pusat ke kutub di sepanjang paksi simetri. Terdapat dua kemungkinan iaitu:
- c < a : sferoid buntal
- c > a : sferoid lonjong
Luas permukaan
suntingSuatu sferoid buntal dengan c < a mempunyai luas permukaan seperti berikut:
Manakala bagi suatu sferoid lonjong dengan c > a mempunyai luas permukaan:
Isipadu
suntingIsipada sferoid (dalam apa jua jenis) adalah:
Jika A = 2a adalah diameter khatulistiwa dan C = 2c adalah diameter kutub, isipadunya pula ialah:
Kelengkungan
suntingJika suatu sferoid diparameterkan sebagai
dimana adalah garis lintang parameter atau terturun, adalah garis bujur, dan dan , jadi kelengkungan Gaussannya ialah
dan min kelengkungan ialah